Monday, September 6, 2010

SINOPSIS NOVEL SHARIFAH ABU SALEM :




Sinopsis : PESONA RINDU
RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.
Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.
Selepas lima tahun di luar negara, Darina kembali semula. Ternyata cintanya terhadap Fazlan masih ada. Bagaimana harus Fazlan menerima Darina semula? Sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan perkahwinan itu.
Najmah diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Darina untuk menjaga Fazlan. Bagi Najmah, cintanya hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah pesona.
Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina? Namun bagi Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya sekali.
Harga : RM 19.90
Halaman :576
ISBN : 983-124-160-6

NOVEL SALINA IBRAHIM :




Tajuk : Bukan Yang Pertama
Pengarang : Salina Ibrahim
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3603-63-3
Muka Surat : 800 Halaman
Yasmin Zulaikha Basri, graduan Syariah universiti tempatan kembali ke kampungnya, Desa Sempadan selepas tamat pengajian di Universiti Malaya kerana gagal beroleh kerja di kota. Dia menyertai program homestay yang diusahakan di desa. Yasmin Zulaikha, wanita muda yang digambarkan bersemangat waja, berani menongkah arus,  tidak mahu ketinggalan dalam aspek kepimpinan dan pada masa sama berusaha sedaya upaya untuk terus tekal istiqamah di landasan syarak.
Bergelar pengusaha homestay, dia cuba untuk membangunkan ekonomi desa dengan mengambil alih perusahaan kecil makanan kudapan tradisi yang diusahakan oleh ibunya bersama Hasniah seorang ibu tunggal beranak tiga. Tidak sedikit dugaan yang dihadapinya sebagai anak muda yang bekerja di kampung sendiri.
Dia orang muda yang memikul tanggungjawab sebagai usahawan di desa sendiri, bertanggungjawab untuk menjaga ibu yang sudah tua dan harus menjadi contoh teladan yang baik kepada dua adik angkat (yang dibela ibu bapanya sejak mereka kecil, Anis dan Azlan).
Sebagai pengusaha homestay, menuntut dia memahami falsafah di sebalik tugasnya serta tuntutan syarak. Dia cuba memahami tuntutan untuk menjadi tuan rumah yang baik, belajar menjana ekonomi dengan cara sendiri dan cuba menjadi anak muda contoh yang bakal mewarisi kepimpinan desa yang semakin tandus tenaga muda.  Dia terpaksa juga berdepan dengan sikap Pak Isa (saudara sendiri) yang tidak gemar dengan penglibatannya dengan projek berkenaan.
Lumrah hidup, tidak sah jika tidak berdepan dengan pelbagai hal peribadi dan urusan kerja.
Yasmin Zulaikha berdepan kerenah Anis, remaja perempuan yang memberontak, yang digantung kolej, lalu langsung meninggalkan pengajian. Balik kampung dan mencetuskan kebimbangan pula pada keluarga di kampung dengan gelagatnya.
Dia juga harus menangani hal Jason, asalnya tetamu di homestaynya tetapi kemudian kembali semula ke desa kerana tertarik untuk memeluk Islam.
Dia juga berdepan kemelut cinta, apabila dilamar Ustaz Mustakim, duda beranak tiga yang dalam diam juga dicintai oleh rakan perniagaannya, Hasniah.
Dugaan menimpa apabila Azlan mati lemas ketika bercuti di kampung. Jason yang memeluk Islam dipaksa oleh bapanya supaya balik ke Kuala Lumpur, atau jika tidak, keluarga Yasmin Zulaikha akan didakwa atas dakwaan mempengaruhi anaknya memeluk Islam.
Dalam konflik rusuh, resah dan kecewa, ada keakraban tercipta antara Yasmin Zulaikha dengan Umar Khalil, kenalan ketika di kampus yang bertugas sebagai wartawan yang banyak membantu mempromosikan program homestay mereka. Tetapi persahabatan itu pula, rupa-rupanya jadi pencetus api fitnah.

LAGI NOVEL BERGAMBAR BUAT RUJUKAN ANDA :





SEMUA NOVEL2 DI ATAS ADALAH ANTARA YANG TERHANGAT DI PASARAN.....YANG JUGA SUATU KETIKA DULU PERNAH MENYERTAI ALAM CARTA NOVEL DI KLfm....
InsyaALLAH, dengan sokongan anda, suatu hari nanti CARTA NOVEL AKAN BERMULA MEMBERIKAN ANDA PELUANG UNTUK MENGUNDI NOVEL2 KESUKAAN ANDA.....

hantarkan email tanda sokongan anda di :
novelkarya@yahoo.com
atau
sms ke
019-3090383

Tuesday, August 17, 2010

BERTEMU KEMBALI DI NOVEL & KARYA DI BLOGSPOT :

BERTEMU KEMBALI MEMERIAHKAN DUNIA PENULISAN @ KARYA TANAH AIR....

RUANG KEDAI BUKU BERGAMBAR

RAHSIA UMMI - faisal tehrani
TAK SUDI - mimie afinie
TERBANGLAH SAYANG - aina emir
KASIH YG TAK PASTI - izza aripin
LAYANG-LAYANG BERTALI KACA - norhayati berahim
      SEMALAM KU BERMIMPI - aina emir


 






Monday, August 16, 2010

dJ IRWAN SYAH & TETAMU UNDANGAN :

wajah dahulu dJ Irwansyah
wajah kini dJ Irwansyah
meor shariman
INILAH WAJAH dJ IRWAN SYAH (wajah dahulu) YANG PERNAH MENGENDALIKAN RANCANGAN NOVEL & KARYA DI KLfm (rancangan yang sering ke udara ditengah malam - setiap sabtu).....GAMBAR DI BAWAH PULA ADALAH MEOR SHARIMAN YANG MERUPAKAN SALAH SEORANG NOVELIS TEMPATAN YANG PERNAH HADIR KE KONTI KLfm DITEMURAMAH DALAM RANCANGAN NOVEL & KARYA.

Kata dJ Irwan Syah " Insya ALLAH....saya dalam perancangan untuk mengadakan semula UNDIAN CARTA NOVEL yang julung2 kali diadakan dulu di stesen radio di Malaysia....saya pernah cadangkan ianya diadakan di Televisyen, namun mereka semua gayat dengan hiburan lagu dan drama semata-mata, nak buat macam mana, oleh itu, ALHAMDULILLAH, saya cuba bentangkan UNDIAN CARTA NOVEL ini di WEB BLOG kali ini....semoga apa yang kita sama-sama usahakan insyaALLAH demi untuk memajukan dunia penulisan Umat Islam @ Melayu Malaysia sambil2 menyatupadukan Umat melalui media....."

SELAMAT DATANG KE BLOG BARU NOVEL & KARYA KEMBALI :

SALAM PERTEMUAN KEMBALI KEPADA SEMUA PEMBACA NOVEL & PENGKARYA SENI YANG PENGIKUT SETIA NOVEL & KARYA DI KLfm SUATU MASA DULU. 
RANCANGAN YANG MERUPAKAN TERBITAN dJ IRWAN SYAH.....
KINI KEMBALI DI http://www.novelkarya.blogspot.com
AKAN CUBA MENEPATI KEHENDAK ANDA DALAM DUNIA SENI TANAH AIR.

jika anda ada sebarang pendapat, sila kirimkan email anda ke 
novelkarya@yahoo.com


atau sms terus ke
019 - 3090 383